Monday, November 30, 2009

Pemenang contest

Liza's Yummy Cakes telah mengadakan contest pada 30 Oct ~ 25 Nov yang lalu.Ramai juga yang menghantar penyertaan tapi banyak yang tidak mengikut terma & syarat.Hanya beberapa penyertaan sahaja yang complete.
Ini adalah hadiahnya:


Disini Liza ingin mengumumkan pemenangnya.jeng...jeng...
Hanny Latif --> http://syahani.blogspot.com/

Di sini Liza sertakan gambar & resepinya.


Claypot Yee Mee

Bahan untuk 1 orang:
1 keping Yee Mee atau mee telur
4 ulas bawang putih (crush)
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan (sesame oil)
Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair dan goreng separuh masak)
5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)
1 pokok sawi hongkong (baby kailan pun boleh)
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 10-15ml air)
Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
Air secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak bijan dalam 3 sudu makan dalam clay pot. Tumis bawang putih until brown.
2. Masukkan air 270ml, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis (kalau takda taruk gula sket) (ikut citarasa dan color).
3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.
4. Masukkan telur dan sawi. Tutup dan biarkan for another 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan.

* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Kepada Hanny,sila emailkan alamat,no.telefon kepada Liza untuk urusan penghantaran hadiah.

* Kepada kawan2 yang lain,lepas nie boleh cuba lagi.Liza akan mengadakan contest untuk bulan December pula..jangan lepaskan peluang & tunggu pengumuman contest yang baru.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin