Thursday, November 26, 2009

Contest di Lieza Yummy Cakes ~ Sticky Mode~

Perhatian : New entry ada dibawah.

Salam semua..

Lieza Yummy Cakes akan membuat contest untuk pengunjung blog.
Gambar masakan yang Yummy!
Tarikh: 30 Oct ~ 25 Nov 2009.

Syarat penyertaan:

* Jadi Follower Lieza Yummy Cakes.
* Add Lieza Yummy Cakes dalam bloglist anda.
* Letak banner di sidebar blog anda dan link ke entri ini.
* Buat entri mengenai contest ini diblog anda.
* Hantarkan gambar masakan yg menarik beserta
resepi yg telah anda cuba ke -: liezayummycakes@yahoo.com
Masakan seperti lauk-pauk,kek,mee,kuih–muih,
nasi & dll.Cth nasi goreng,puding dll.
Gambar mesti ori jangan ciplak org lain punya.



Hadiah:



Garlic-N-All Keeper brand Tupperware – 1 pcs.
[ saiz 29.0 cm(L) x 18.9 cm(W) x 22.8 cm (H) ]
Retail price: RM 74.90


Monday, November 23, 2009

Setulus ikhlas dari Labuan ke Simpang Rengam

Tempahan di terima dari Hayati yang berada di Labuan.Minta dibuatkan 25 biji cupcakes & 2kg kek.Hayati juga minta dihantarkan kek & cupcakes ke Simpang Rengam.
Hadiah istimewa dari Hayati untuk sepupunya Nazrul yang berada di Simpang Rengam.
Hadiah semperna hari perkahwinan Nazrul & Rohayu.Penghantaran dibuat sehari sebelum majlis.Kalau hantar pada hari majlisnya mungkin tak dapat jumpa pengantin.
Pengantin sangat teruja dapat hadiah dari sepupu yang jauh.Walaupun tak dapat menghadiri majlisnya kek & cupcakes sebagai ingatan yang tulus ikhlas.
Sangat senang berurusan dengan Hayati.Terima kasih sudi order dari Liza.

Cupcakes

Cakes flavour coklat layer ganache.Warna merah menjadi pilihan Hayati.



Hayati turut meminta mengutuskan greeting card juga.


Cupcakes warna - warni

Warna-warni
Yellow
Green
Pink
Macam2 ada

Cupcakes yang di order oleh Sumaiya (hee..dh jadi ex-opismate)untuk hari last day dia kerja.Dah dpt keje baru di UTHM.Cupcakes coklat tabur coklat chips untuk member2 di deptnya.Peminat fanatik coklat nie.
Semoga bertambah sukses ya Maya. Thanks juga sebab sudi order.

Sunday, November 22, 2009

Hari yg agak kelam..

Lama x update blog..bz skit..
byk gak gambar kek blom upload..biar aar dulu..x de mood.
Heee..mcm nk buat luahan perasaan plak..bkn apa,manusia mcm2
perangai..rambut sama hitam..hati x sama..
Petang rabu dpt call dr seseorg..lupa dh namanya.
Nk order kek & nk amik mlm jumaat.Hari jumaat mmg byk order nk disiapkan.
So try gak la selit2..Dia nk kek fondant mcm dlm gambar nie.



Bg tau la mmg x sempat.Tukar ke buttercream..tapi ada la skit2 fondantnya.
Mula2 nk 2 kg..bg tau harga tukar ke 1.5kg.
Last2 tukar ke 1kg.Liza amik rm50 sbb hiasan.
Dia minta diskaun...bg tau la,sbb order last minute.
Dia minta delivery ke Gelang Patah.Bg tau ada
charge delivery..terus x jadi.Minta jumpa dimana2..so janji di Senai.
Mlmnya hasben x dpt hantar ke Senai sbb ada hal x dpt nk elak..
Liza plak kehabisan kredit gara2 bergayut dgn ayah pd ptg tu.Setakat sms lps la..
Sms hasben suruh call bg tau.Liza bg tau hasben klu dia rasa susah nk dtg Bandar Putra,cancel la kek nie.Sbb setakat nie Liza mmg x ambil deposit klu org order.Semuanya COD..melainkan order yg byk.Liza x kisah rugi kek sebiji janji org x marah2..x lama dpt sms dari pengorder nie ckp jauh..padahal dr Senai ke Bandar Putra br 10 min.Dia suruh kurangkan harga kek.Rupanya hasben x ckp Liza nk cancelkan & hasben juga x cerita dia ada ckp yg dia ada pilihan lain di Perling.Masa dia smp dia ckp lg nk suruh diskaun sbb jauh katanya.malas nk ckp byk bg la rm40..harga kek buttercream biasa.
Rasa mcm terkilan skit dgn kes2 mcm nie.Bkn nk mengutuk kete skit punya mahal tapi bab makanan sibuk nk diskaun.Rasanya klu dia gi kedai kek mesti x mintak kurang & klu dia gi kedai jauh2 pun x kan kedai tu nk kurangkan harga sbb dia dtg dr jauh.& sebenarnya kek tu lebih dr 1 kg..Mmg x akan amik order dr org nie lg & rasanya dia
pun x akan order lg sbb jauh walaupun harga murah...Macam2 la..nie la gambar keknya.





Sunday, November 15, 2009

Kelas suka2..

Ryn & Ida



Heee...dh lama x update blog..bz skit..
14 Nov ada dua org member opis dtg belajar deco cupcakes..Ida & Ryn.
Dah lama Ida nie minta nk suruh ajarkan deco cupcakes..segan nk mengajar (hee..bkn terror sgt deco)& bz skit antara sbb dok tolak2 permintaan Ida..last2 Liza setuju gak nk ajar Ida memandangkan tinggal beberapa hari jer lagi Ida ada di Johor..Ida dh dpt keje br di Melaka..Semoga sukses di tmpt baru.
Antara hasil deco Ryn & Ida.


Thursday, November 5, 2009

KEK OREN



Sumber:Mamazieza

[i]Bahan2nya

300 gm butter
300 gm gula
5 biji telur (guna 4 biji putih sahaja - satu lagi pi aarr goreng)
320 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder 2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (kalau takde pun takpe)
1 sudu teh orange paste
setitik warna oren atau pun kuning telur... (ikut suka arrr)

Sedikit coklat rice – hiasan

Mula-mula mama kasik putau butter ngan gula sampai kembang
pastu mama masukkan telur satu-satu sampai kembang dgn high speed

Dah tu masukkan tepung tadi... (ayak lerr dulu n gan baking poder tu), kaup rata..
masukkan segala jus tadi.last,masukkan coklat rice.bakar sampai masak.....


Monday, November 2, 2009

Resepi ~ RAINBOW MARBLE PUDING BLACKMORE



Sumber: Sis Blackmore

Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2

1350ml air paip

450gm gula pasir

130gm mentega

8 biji telur bersaiz sederhana

1 tin susu cair Carnation

2 sudu makan tepong custard

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh vanilla

pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya


Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...



Blog Widget by LinkWithin