Tuesday, December 29, 2009

Kek untuk ayah di Sri Putri,Kulai




Tempahan diterima dari Lili,KL untuk dihantar pada ayahnya.
Kek sponge coklat layer bluberry untuk
En.Supian,Guru Besar di SK Taman Kota Kulai.
Surprise dari Lili semperna hari jadi ayahnya.

Monday, December 28, 2009

Cupcake cartoon



Sambung lg meng"upload" gambar2 kek yg tersimpan dalam kamera
antik tu.. :)Cupcake upin - ipin,mickey & minnie,
sponge bob,barney,wonderpet ditempah oleh opismate ~ Pn.Tipah.
Dlmnya kek coklat moist & ganache.

Sunday, December 27, 2009

Kek Coklat Moist



Cake Chocolate Moist ini ditempah oleh regular customer Mr.Nik untuk bestday anaknya Alya.Happy Birthday Alya!

Freshcream & strawberry




Kek nombor satu nie pulak kek orange layer bluberi dgn strawberry di atasnya.heee..ayat mcm dh belit-belit..
Kek seberat 3 kg ditempah oleh Rafia di Taman Mount Austin untuk birthday anaknya Puteri Safia.

Freshcream & blueberry







Semalam tgk2 kamera baru perasan byk juga gambar yang tak di upload..
Musim penyakit "M" nk memblog..ada gambar kek time raya aji..huhuhu
Kek se"geng".Sponge kek layer blueberry.

Monday, December 21, 2009

Kek pengantin di Kluang


Atas
Tengah
Bawah

Kek pengantin 3 tingkat ini ditempah oleh Nor Fazila staff UTM untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung di Kluang.Kek coklat moist berhiaskan buttercream & bunga fondant.Terima kasih kerana sudi menempah dari Liza.

Thursday, December 3, 2009

Kek pengantin di Bukit Batu,Kulai




Gambar kek pengantin yang terlambat upload.
Kek pengantin dua tingkat ini di tempah oleh Nadiah dari Bukit Batu.
Tingkat atas dan bawah kek coklat moist.Pengantin yang datang ambil sendiri kek nie pada 21 Nov. Majlisnya pada keesokkannya.Permintaan Nadiah nak bunga yang meleret (ada ke perkataan nie..hee) ke bawah.Terima kasih Nadiah kerana sudi mengorder dari Liza.

Monday, November 30, 2009

Pemenang contest

Liza's Yummy Cakes telah mengadakan contest pada 30 Oct ~ 25 Nov yang lalu.Ramai juga yang menghantar penyertaan tapi banyak yang tidak mengikut terma & syarat.Hanya beberapa penyertaan sahaja yang complete.
Ini adalah hadiahnya:


Disini Liza ingin mengumumkan pemenangnya.jeng...jeng...
Hanny Latif --> http://syahani.blogspot.com/

Di sini Liza sertakan gambar & resepinya.


Claypot Yee Mee

Bahan untuk 1 orang:
1 keping Yee Mee atau mee telur
4 ulas bawang putih (crush)
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan (sesame oil)
Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair dan goreng separuh masak)
5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)
1 pokok sawi hongkong (baby kailan pun boleh)
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 10-15ml air)
Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
Air secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak bijan dalam 3 sudu makan dalam clay pot. Tumis bawang putih until brown.
2. Masukkan air 270ml, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis (kalau takda taruk gula sket) (ikut citarasa dan color).
3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.
4. Masukkan telur dan sawi. Tutup dan biarkan for another 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan.

* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Kepada Hanny,sila emailkan alamat,no.telefon kepada Liza untuk urusan penghantaran hadiah.

* Kepada kawan2 yang lain,lepas nie boleh cuba lagi.Liza akan mengadakan contest untuk bulan December pula..jangan lepaskan peluang & tunggu pengumuman contest yang baru.

Kek coklat moist & kek marble

Baru ada masa nak updated blog.Walaupun agak lambat tapi Liza tetap nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua.
Nie antara kek yang di order untuk hari raya.

Kek coklat moist
Kek marble


Monday, November 23, 2009

Setulus ikhlas dari Labuan ke Simpang Rengam

Tempahan di terima dari Hayati yang berada di Labuan.Minta dibuatkan 25 biji cupcakes & 2kg kek.Hayati juga minta dihantarkan kek & cupcakes ke Simpang Rengam.
Hadiah istimewa dari Hayati untuk sepupunya Nazrul yang berada di Simpang Rengam.
Hadiah semperna hari perkahwinan Nazrul & Rohayu.Penghantaran dibuat sehari sebelum majlis.Kalau hantar pada hari majlisnya mungkin tak dapat jumpa pengantin.
Pengantin sangat teruja dapat hadiah dari sepupu yang jauh.Walaupun tak dapat menghadiri majlisnya kek & cupcakes sebagai ingatan yang tulus ikhlas.
Sangat senang berurusan dengan Hayati.Terima kasih sudi order dari Liza.

Cupcakes

Cakes flavour coklat layer ganache.Warna merah menjadi pilihan Hayati.



Hayati turut meminta mengutuskan greeting card juga.


Cupcakes warna - warni

Warna-warni
Yellow
Green
Pink
Macam2 ada

Cupcakes yang di order oleh Sumaiya (hee..dh jadi ex-opismate)untuk hari last day dia kerja.Dah dpt keje baru di UTHM.Cupcakes coklat tabur coklat chips untuk member2 di deptnya.Peminat fanatik coklat nie.
Semoga bertambah sukses ya Maya. Thanks juga sebab sudi order.

Blog Widget by LinkWithin