Hi...Liza's Yummy Cakes berada di:
10922 Jalan Tiong 1,
Bandar Putra,Kulai,JB...
Liza's Yummy Cakes
Liza's Yummy Cakes berada di Bandar Putra Kulai namun menerima tempahan kek & cupcakes utk kwsn Kulai,Senai,Skudai,Taman Universiti,Simpang Renggam, Kota Tinggi,Johor Bahru. Tempahan dari luar Johor juga diterima.Liza' Yummy Cakes juga menyediakan perkhidmatan delivery dgn harga yg berpatutan.
Liza's Yummy Cakes
Untuk sebarang pertanyaan /tempahan, bolehlah hubungi Liza di emel :liezayummycakes@yahoo.com ataucall hp : 013 -780 6250 / 012 - 721 4190.
Hiasan: Buttercream,ganache,freshcream,fondant. Hiasan tambahan seperti fresh fruit (kiwi,strawberry,peach)akan di kenakan harga berdasarkan kuantiti. Edible image 1) saiz A4 - rm 25 2) saiz 14 cm – rm 13
Nie gambar kek yg baru sempat nk upload.Kek bithday tema biru putih ditempah oleh Rose dari Taman Senai Jaya untuk anaknya Danish Adrian. Happy Birthday Danish!
Liza nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul kepada semua..(walaupun dh agak lambat)..cuti 3 hari dihabiskan dgn jalan2 di KL.nie ganti cuti CNY yg tidak kemana2.. :)
Okey..meh cuci mata dgn kek plak.Kek ditempah oleh opismate Teha untuk birthday ibu kesayangan.Kek di hantar sbb Liza ke KL..kek black forest cuma deconya dh lain skit. :)
Kek nie pula ditempah oleh Khairani untuk birthday mak tersayang. Kek sponge orange layer bluebery.Alahai..agak susah nk buat no tu sbb saiznya yang tomei jer.Apa2 pun thanks Khairani sbb mengorder.
Tempahan coklat & cmc diterima dari Huda di Bandar Putra juga..dekat jer dgn umah Liza. Coklat utk suami tersayang..cmc utk adiknya. Selepas delivery,mlmnya Huda sms utk mengorder sebiji cmc lg utk keesokkannya.Thanks Huda.
Kek tunang dengan tema merah putih nie di tempah Nurul dari Bandar Putra. Kek coklat moist hias buttercream seberat 1.5kg. Selamat Bertunang untuk Nurul.
Tema biru nie di tempah oleh Suhaila dari Kg.Melayu,Kulai. Cupcakes sebagai hadiah untuk pertunangan sepupunya di Singapore. Terima kasih sudi order & maybe skrg Suhaila dah pun selamat melahirkan babynya.Tahniah diatas kehadiran orang baru.
Cupcakes dgn edible image sponge bob,transformer,Ben-10,Adam Hakimi,mickey di tempah oleh Nadia. Rupa2nya rumah Nadia dgn rumah Liza tak la jauh pun..Nadia pun tinggal di Jalan Tiong,Bandar Putra.Jiran rupanya.Dh diambil cupcakenya baru perasan lupa nk tulis "Adam Hakimi 4th Birthday".Sorry ya Nadia.Jangan serik utk mengorder yer.
Repeat order dari Lily,KL. Klu dulu Lily order kek untuk birthday ayahnya kali nie Lily order cupcakes pula untuk birthday ibunya.Delivery ke Taman Cantik,Kulai. Terima kasih sudi order lagi. :)
Tema merah putih juga..Tempahan di terima dari Zarith dari Senai Utama untuk bestday hubbynya.Hubbynya peminat setia MU.Happy Birthday dari Liza Yummy.
Lupa pula nk tanya nama penempah kek nie.Terima sms minta dibuatkan kek coklat moist & hias dgn stoberi.Klu tak silap pengirimnya dari KL.Kek utk org istimewa, Mark yang berada di Ladang Fraser,Kulai.Happy Birthday Mark!